Tuesday, June 7, 2011

MESYUARAT DI SK SERI SEPARAP



Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak bersua, akhirnya PPM Zon Semerah dapat juga meluangkan masa menghadiri satu mesyuarat yang telah diadakan di SK Seri Separap pada 23.5.2011 (Isnin) jam 2.00 petang.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pn. Saodah (GPK KO-Kurikulum SK Seri Separap) mewakili Tn Hj. Md. Khirom (GB SK Seri Separap) yang tidak dapat hadir kerana ada urusan penting di PPD.

Terima kasih di atas kesudian kawan-kawan PPM Zon Semerah hadir ke mesyuarat untuk sama-sama berbincang dan mencari penyelesaian tentang isu-isu berbangkit.

Perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat adalah berkaitan kutipan yuran bulanan, kutipan wang sumbangan, pertandingan bowling, lawatan akhir tahun dan juga berkaitan uniform PPM Zon Semerah...

Mesyuarat berakhir jam 4 petang. Semoga kita berjumpa lagi di lain waktu...wassalam